Iftar :)

9/8/2012

Assalamualaikum. Aku kat rumah~ kat RUMAH~ ^_^ Sorry buat Nurfatin Nabila Roshidi jealous~ zu minta maaf ok..Hahah. Esok ada kelas tapi aku mintak cuti sebab ada hal yang perlu diuruskan di Shah Alam yang melibatkan parents tersayang.




Dari kiri : Hassan(cap), Aisyah,Aku,Mira,Nina,Izah,
Ikhwan,Aliff,Fuad,Rafi,Susmaliza,Shuhada.

Petang tadi lepas habis kelas,gerak pergi Berjaya Times Square (TS) tuk majlis berbuka puasa~ MAJLIS~ haha! Iftar biasa je dengan sahabat tersayang :)

P/S: Iftar adalah makan petang untuk berbuka puasa apabila terbenamnya matahari di bulan Ramadhan.

Mereka adalah sahabat aku sejak semester 1. Segala apa yang terjadi dalam kehidupan seharian,aku ceritakan kepada mereka. Dalam picture je muka masing-masing nampak "matured" tapi perangai~ Hahaha..lebih kurang aku je. Serious! korang tak payah nak nafikan okay. Sedar la KITA takde laa matang mana pon. Hahaha. Aku sayang kat korang semua. Aku harap persahabatan kita kekal hingga ke Syurga. InsyaAllah ♥.

Till then,jaga diri dan jaga solat.